Saturday, September 24, 2011

Kejohanan MSSM peringkat SK Kg Keningau 2011







Keningau ; Pada 22-23hb September 2011 yang lalu telah berlangsung Kejohanan Majlis Sukan Sekolah (MSSM) peringkat SK Kg Keningau yang bertempat di Padang Utama Sekolah. Pelbagai acara telah dipertandingkan antaranya Lontar Peluru, Lompat Jauh, Lompat Tinggi dan acara balapan (lumba lari) dimana ianya disertai oleh murid-murid daripada tahun 3-6. Beberapa rekod kejohanan peringkat sekolah ini telah berjaya dipecahkan. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara yang penuh gilang-gemilang ini.

Tuesday, September 13, 2011

Sebahagian daripada atlet MSKPPM sekolah yang macho lagi bergaya.
Antara babak menarik perlawanan MSKPP di SMK Gunsanad II.
Tersenyum puas mengungguli tangga ke-3 keseluruhan.
Jadual perlawanan.

Keningau : Pada 11hb Sept. 2011 berlangsung acara Pertandingan Bola Tampar MSKPPM peringkat daerah Keningau yang telah diadakan di SMK Gunsanad II. Dalam acara tersebut, SK Kampung Keningau satu-satunya yang menghantar kontinjen daripada Sekolah Rendah berbanding Kontinjen lain yang rata-rata terdiri daripada guru-guru SM ( Sekolah Menengah) dan gabungan Zon Bandar. Apa yang menarik sekolah kita berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan walaupun julung kali menyertai acara sebegini. Terima kasih kepada pihak pentadbir Sekolah yang memberi sokongan kepada guru-guru yang menyertai acara ini Cikgu Aloysius Edward Ujin, Cikgu Palvee Abd Harip, Ustaz Ahmad Fairuz Hj Sahirin, Cikgu Syed Abdillah Al-Kaff, Cikgu Anthony Lainis dan tulang utama kejayaan tim ini iaitu Cikgu Stanley sebagai Killer. Semoga di tahun hadapan pencapaian ini akan berterusan dan terus meningkat seiring NKRA sekolah untuk menjadi SEKOLAH CEMERLANG 2013.

Friday, September 9, 2011

MSKPP Ping Pong di SJKC YUK YIN







Tahniah kepada para atlet sekolah kita yang menunjukkan prestasi yang membanggakan. Tingkatkan usaha!!

Thursday, August 25, 2011

SESI BERGAMBAR UNIT BERUNIFORM

Pengakap
St. John
Kadet Remaja Sekolah
Puteri Islam

Monday, August 22, 2011

Mesyuarat gerak Gempur UPSR 2011 zon Pekan & Bandar






Perasmian oleh En Raisin bin Saidin, Pegawai Pelajaran Daerah Keningau. Terima kasih kepada semua guru tahun 6 sekitar Zon Pekan dan Bandar yng turut sama-sama memberikan sokongan dalam menjayakan program anjuran PPD dan SK Kg Keningau ini.

Perhimpunan/Penyampaian hadiah Mewarna&melukis sempena MERDEKA







Thursday, August 18, 2011

Majlis Iftar Jama'ie (bersungkai) & Solat Hajat Sempena UPSR 2011






Pihak Pentadbir SK Kampung Keningau dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Majlis Iftar Jama'ie dan Solat Hajat sempena UPSR 2011 pada hari Selasa 16 Ogos 2011 bersamaan 16 Ramadhan 1432 Hijrah yang lalu. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua Warga Sekolah termasuk para guru, KTBM, pekerja swasta, ibu-bapa dan murid yang telah memeriahkan suasana program. Tidak lupa sekalung penghargaan ke atas Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Keningau, En. Raisin bin Saidin beserta rombongan beliau kerana sudi meluangkan masa menghadiri majlis yang julung kali diadakan ini. InsyaAllah program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.